Borang BR1M.

Salam,

Untuk penduduk kampung Tanjung Sedili, pihak MID ada menyediakan borang BR1M yang telah di keluarkan oleh LHDN pada hari sabtu lepas. Bagi memudahkan penduduk untuk mendapatkan borang tersebut, pihak MID telah menyediakan borang tersebut secara percuma dan penduduk kampung boleh mengisi terus borang itu. Kami juga boleh membantu untuk menulis borang serta membuat salinan dokument-dokument yang dikehendaki.

Sekian, harap maklum..

Advertisements

Borang Bantuan RM 500 untuk penduduk kampung. (BR1M)

Kementerian Kewangan telah membuka talian hotline bermula hari ini untuk orang awam bertanyakan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500.00 untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 3,000.00 dan kebawah.

1-800-222-500

Talian ini dibuka dari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Selain itu, pertanyaan juga boleh diajukan melalui emel belanjawan2012@treasury.gov.my atau melalui faks 03-8882 3786.

Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:

i. Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
ii. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
iii. Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
iv. Warga emas sebatang kara

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak memohon.

Borang BR1M boleh diperoleh secara PERCUMA mulai 10 Disember 2011(Sabtu) di:

i. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
ii. Jabatan Pembangunan Persekutuan
iii. Pejabat Daerah (bagi negeri-negeri selain Selangor, P. Pinang, Kedah & Kelantan)
iv. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (mulai 12 Disember)
v. Pejabat Penerangan Daerah (mulai 12 Disember)

Borang ini boleh dimuat turun dari laman web Perbendaharaan bermula pada 12 Disember.

Ingat! Borang bantuan ini adalah PERCUMA. Tiada apa-apa bayaran dikenakan untuk mendapatkan borang BR1M ini. Jangan terpedaya dengan mana-mana pihak.

Tempoh yang diberikan untuk mengembalikan borang ini adalah SEBULAN SAHAJA. Jadi pastikan borang berkenaan dilengkapkan dan dikembalikan sebelum 9 Januari 2012 bersama-sama salinan kad pengenalan dan slip gaji (jika ada) di lokasi-lokasi berikut:

i. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
ii. Jabatan Pembangunan Persekutuan

Bantuan RM 500.00 ini dijangka akan disalurkan mulai pertengahan Januari 2012.

Menurut operator yang saya hubungi, mereka yang layak menerima bantuan setelah mengembalikan borang permohonan BR1M ini akan menerima maklum balas melalui surat dalam bulan Januari nanti.

Surat berkenaan akan menyatakan lokasi yang perlu dihadiri oleh penerima untuk mengambil voucher BR1M berjumlah RM 500.00. Mungkin akan ada majlis penyerahan bantuan dilaksanakan secara serentak.

Seterusnya voucher berkenaan boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional.

Ingat! Jangan terpedaya sekiranya ada mana-mana pihak yang mengaku sebagai ajen-ajen dilantik LHDN untuk menguruskan permohonan bantuan ini dengan mengenakan bayaran. BR1M ini PERCUMA bagi mereka yang layak!

Hebahkan perkara ini kepada semua khususnya saudara mara kita di luar bandar agar mereka turut merasai nikmat dari bantuan ini.

Program Cuti Sekolah

Salam,

Khas untuk musim persekolah, MID telah menawarkan pakej-pakej untuk penggunaan Wifi memandangkan ramai pengguna menggunakan notebook 1 malaysia.

 

Pakej A ( Untuk Ahlin MID)

1 jam – RM 1.00

3 jam – RM 2.50

5 jam – RM 4.00

 

Pakej B (Ahli)

1 jam – RM 1.50

3 jam – RM 4.00

5 jam – RM 6.50

Semoga dengan harga yang telah ditawarkan ini dapat meningkatkan sedikit sebanyak pendapatan MID di musim cuti sekolah ini.

 

Sekian.

Kursus Blog Wordpress

salam,

hari ketiga kursus, kami pengurus2 telah diajar untuk membina blog menggunakan wordpress.selalunya hanya blogspot je kami tau, tapi rupanya ade juga benda lain yang boleh membina blog ni..Best jugak buat blog guna wordpress ni. Yang tak seronoknya, internet yang tersangat2 lah slow yang membuatkan kami2 rase mcm sungguh jemu untuk menunggu.

Lain entry, saya akan ajar cara-cara nak buat blog guna wordpress ni ye…

Kursus Sony Vegas & Blog Wordpress

Salam,
Firstly, nak ucapkan ribuan terima kasih pada agensi perlaksa iaitu KEJORA coz bagi peluang pengurus2 di bawah naungannya iaitu 6 buah MID. Kursus berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Hotel Pelangi Tg Balau, Bandar Penawar.

Hari pertama dan kedua kami selaku pengurus2 telah di ajar bagaimana nak buat sony vegas (video korporat). agak pening coz baru first time guna software ni..tapi al-alhamdulillah, berkat kesabaran cikgu mengajar tu, dapat gak kami2 pengurus 2 ni membuat project yang diberikan. so, sekarang dan boleh buat le video korporat sendiri. dan lepas ni dah boleh menerima tempahan untuk video korporat.

So, silalah lihat sendiri video korporat yang telah kami2 hasilkan…

Salam Permulaan

Salam,

 

Blog ni di bina bagi memperkenalkan dan menceritakan segala aktivit serta kegiatan yang sedang berlaku mahupun yang akan berlaku di MID.

Harap-harap sudi-sudilah untuk membaca….

 

 

Sekian,

Terima Kasih.